Tanda-tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia
100 hari sebelum kematian –
100 hari sebelum kematian –
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada
hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda
ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan
berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil.
40 hari sebelum kematian –
40 hari sebelum kematian –
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang
letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia
akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini
akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian –
7 hari sebelum kematian –
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang
tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian –
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian
tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini
dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak
mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan
jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke
depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian –
1 hari sebelum kematian –
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian –
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan
sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat
maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan
kita dan sekarang akan mematikan pula.
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan tinggalkan pesan disini